TERKILAN

Terkilan…

Itulah perasaan yang kulalui hari ini. Terkilan dengan sikap seorang insan yang sangat kuhormati. Aku tidak tahu bagaimana untuk memenangi hatinya. Perkara yang ingin kumaklumkan padanya sesuatu yang penting! aku tersepit di tengah-tengah. Hahaha… aku terimbas tajuk lakonan yang pernah kupersembahkan di tempat kerjaku sebelum ini “Lumrah Kehidupan”. Memang benar, lumrah kehidupan. Hanya perkataan itu yang mampu memujuk hatiku.

Mungkin aku yang bersalah. Bersalah kerana tidak dapat mengawal hatiku tetapi itulah yang sedang kulakukan sekarang. Namun, kadangkala aku tersungkur atas perubahan ini.

Aku selalu persoalkan kepada rakan seperjuanganku, ‘mengapa aku tidak boleh berlakon di alam realiti? marah tetapi tersenyum & …’. Seorang rakan mengatakan bahawa itu bukan berlakon tetapi berbohong. Aku mula menerima kata-kata itu tetapi aku masih berfikir, ‘mengapa aku boleh menghayati pelbagai watak sehingga watak menangis?

Apapun aku tidak perlu memeningkan benakku dengan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi perjalananku meskipun jauh di sudut hatiku amat berharap dapat bekerjasama & memahaminya.

Aku amat menghormatinya meskipun aku tahu ramai yang tidak menyenanginya.


4 Komen on “TERKILAN”

  1. eJunk berkata:

    u are just u are my fren.. u don hv to act in facing the d world lifey. in fact.. theres a beauty-inner in ur self shows honesty n sincerity in u that u shud b proud of.. n im very proud of u.. 😉

  2. rufiah berkata:

    i Hola i mi amiga!,

    Apa yang dikatakan olehmu adalah sesuatu yang benar. Walau bagaimanapun, ia tidak semudah yang kita sangkakan… sesungguhnya untuk memuaskan hati semua insan bukannya mudah. Kiranya, dirinya tidak dapat menerima kita, pasti ada insan lain kan?… ok bah, eJunk!
    Tiada apa yang perlu dibanggakan denganku kerana kita sama sahaja.

  3. pidah berkata:

    apapun ko ruf..kami akan sentiasa menyokongmu..!!

  4. rufiah berkata:

    Kak, terima kasih!!! aku tahu, kakak memahamiku… memahami insan yang sukar untuk dibaca ini. Aku tahu, kakak ada cara untuk berhadapan denganku… magsukul nah!!!. Semoga kita menemui apa yang kita impikan dalam hidup ini… amin. Semoga berjaya!!!


Tinggalkan Jawapan kepada rufiah Batal balasan