AKU HANYALAH PEMERHATI

Pemerhati… aku hanyalah pemerhati.

Meskipun aku telah mendaftar sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO, aku masih bergelar Pemerhati.  Aku tidak boleh persalahkan sesiapa kerana status ini. Aku yang lalai.  Aku tidak beri perhatian.

Pada 18 Julai 2009, dengan bantuan seorang kawan aku mendapat tahu bahawa Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO akan diadakan di Function Room, Executive Hotel Lahad Datu. Aku tanpa segan silu, menghadiri mesyuarat tersebut meskipun tanpa teman. Aku percaya bahawa pasti ada insan yang kukenali. Sememangnya, ramai kenalan yang kutemui di sana.

Seorang kawan menyatakan kepadaku bahawa aku sebagai Pemerhati tidak boleh mengeluarkan pendapat sesuai dengan kedudukanku sebagai Pemerhati.   Aku tidak kisah atas prosedur ini kerana motif utama aku untuk hadir kerana aku ingin melihat dan merasai majlis yang aku anggap formal itu.  Aku mendapat sedikit pelajaran & pengajaran.   Aku cuba menyelami perjalanan dunia politik. 

Kepada Pn. Mizma Appehdullah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Silam P.188  semoga terus menjadi pemimpin yang  memahami seterusnya berkhidmat untuk masyarakat.  Semoga berjaya!!!

Kepada  semua ahli Pergerakan Puteri UMNO, semoga terus hormat-menghormati & bekerjasama untuk mengukuhkan pergerakan ini.  

Aku  hanyalah pemerhati… semoga kutemui sesuatu yang positif agar aku mampu bertahan.

“Puteri Silam Sederap Mencapai Jaya”

 – rufiah.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s