LUCU! TETAPI …

“Lucu! pula kita ni,” itulah perkataan yang selalu keluar dari mulutku apabila aku & seorang sahabat ditangkap kerana tidak membawa kad pengenalan.  Pegawai Polis yang membawa kami melarang kami untuk ketawa kerana risau pada pandangan orang lain. Sebenarnya, aku sengaja ketawa kerana aku tidak mahu seperti menghayati watak seseorang yang kena tangkap. Bayangkan, jika aku dengan wajah serius! sedih! pasti orang lain menyangka bahawa aku risau kerana tiada kad pengenalan.

Aku semakin berasa lucu apabila kami diarahkan untuk naik ke lori. Aku berasa lucu lagi, apabila masih ada ruang untuk 2 orang. Kedatangan kami seperti dialu-alukan. Dalam rasa lucu, aku sempat berharap agar kawanku iaitu Halimah dengan segera membawa kad pengenalan sebagai jaminan agar kami dilepaskan.

Lucu! memang lucu kurasakan tetapi tiba-tiba hatiku tersentak oleh satu perbualan… keadaan yang sukar kugambarkan dengan kata-kata. Beberapa insan yang berbangsa … (tidak perlulah dinyatakan). Mereka adalah sebangsa denganku meskipun hanya sebahagian darah bangsa ini mengalir di tubuhku.  Mereka telah dipertemukan di sini.  Aku terdengar:

A: “Pasport aku sudah mati,”  dengan bersungguh-sungguh dia memaklumkan.

B: “Aku pun,” kenyataan yang terpaksa diluahkan olehnya.

C: “Ke manalah kita ni?” perasaan risau menguasai dirinya.

A: “Kalau begini… walaupun kita ini bukan keluargajadi keluargalah kita,” dengan penuh semangat dia cuba memujuk hatinya dan sahabat yang baharu ditemuinya.

Aku cukup memahami maksudnya. Aku bangga meskipun aku sedih. Bangga kerana bangsa  ini masih mempunyai sifat yang kuat seperti ini. Sedih kerana bangsaku hidup di negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah… di manakah silapnya?. Aku amat berharap mereka akan mengerti dan tidak menyalahkan negara ini. Aku  juga dari Filipina. Keluarga aku telah berpindah ke sini kerana faktor penolak dari negara asalku iaitu perang pada ketika itu. Aku mula menyayangi Malaysia meskipun aku merindui negara yang tak pernah kujejaki itu.

Insan dari Filipina yang telah menyayangi Sabah... Malaysia.

Aku masih berharap agar  kad pengenalan kami dihantar dengan segera  tetapi aku menjadi hampa kerana kawan yang kami nantikan belum muncul. Hatiku mula pudar. Kredit yang dimiliki oleh rakanku mula habis. Ketika itu, 2 orang sahaja yang mempunyai kredit & rakanku adalah antaranya. Walau bagaimanapun, kami tidak terfikir agar memanfaatkannya untuk menelefon semua kawan. Sebaliknya, ianya diberikan kepada kenalan baharu untuk menghubungi keluarga mereka.

Setibanya di IPD, kami diarahkan untuk turun. Aku cuba untuk menahan ketawa. Aku tidak pernah terfikir untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Selalunya, aku hanya melihat beberapa insan ditangkap namun kini giliran aku. Apabila aku sampai ke tempat yang dikhaskan untuk berkumpul, aku merasai 1 perasaan… aku terfikir Kamp Tahanan Teluk Guantanamo… aku tidak perlu ceritakan mengapa aku terfikir sedemikian. Mungkin kerana aku cepat berimaginasi. Mungkinkah kerana aku memberi perhatian kepada isu-isu kemanusiaan… lucu juga!!!

Beberapa peristiwa yang kulihat di sini menjadikan aku semakin mahu menunggu dan terus menunggu kesudahan sejarah ini. Rakan aku menyatakan bahawa kredit yang ia miliki masih cukup untuk SMS sesiapa. Aku teringat keluargaku. Namun, aku terhenti seketika. Aku tidak mahu memberitahu mereka kerana aku tidak mahu mereka risau akan keadaanku. Tambahan lagi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana aku memiliki kad pengenalan.

Lucu! kerana kami sempat berkenalan… bersembang. Lucu! kerana aku berjaya  menemui satu rahsia yang berkaitan kerjayaku sekarang. Sebelum ini, aku hanya mengandaikan keadaan tersebut tetapi pada pertemuan ini aku menemui seseorang yang mengakui tindakan mereka.

Apapun kehadiranku dalam peristiwa ini telah mengajar aku merasai suasana dan perasaan insan yang ditangkap lebih-lebih lagi bagi insan yang tidak mempunyai pengenalan diri.  Apa yang  lebih penting, aku dapat meningkatkan persepsi positif  tentang  peranan Polis. Aku amat berharap, Polis Malaysia adalah polis yang amat berkualiti sejajar dengan kata-kata seorang Pegawai yang kutemui. Aku  amat mengharapkan, keberanian yang dimiliki mampu menghapuskan apapun anasir yang mampu merobek keharmonian masyarakat dan negara kita.

“Takkan ke pasar perlu membawa kad pengenalan,” perkataan yang selalu keluar dari mulutku agar aku tidak diketawakan oleh rakan-rakan. Namun, sebenarnya aku menghormati langkah menangkap sesiapa sahaja yang tidak membawa kad pengenalan. Bagiku, langkah seperti ini perlu diteruskan! bukan hangat-hangat tahi ayam!.

“Tahniah!” perkataan terakhir yang keluar dari bibirku. Tahniah! kerana menjalankan operasi ini.

Terima kasih! kepada insan-insan yang berusaha mencari  dan menghantar kad pengenalan seterusnya menjemput kepulangan kami. Kami amat menghargainya. Kepada rakan-rakan yang baru kami kenali, terima kasih dan maaf sekiranya terdapat kesilapan.

Sesungguhnya, kenangan pada 23 Julai 2009 (jam 5  lebih – 10 lebih) akan tetap segar dalam ingatanku.

– rufiah


6 Komen on “LUCU! TETAPI …”

  1. eJunk berkata:

    huhuhu…. memang lucu! apa pon.. jadikan la sebagai pengajaran.. bawalah ic kemana2 pon.. 😉

  2. rufiah berkata:

    Ya, 1 pengajaran tapi ‘best’! aku dapat merasai suasana tersebut. Aku tak tahu, apa pendapatmu tentang aku. Terus terang kukatakan memang ‘best’… pengajaran yang diselaputi beberapa kenangan. eJunk, aku mahu ke lokap pula… apa pendapatmu?

  3. irwan idris berkata:

    🙂

  4. rufiah berkata:

    Hai! Irwan,

    Aku tidak tahu bagimana awak boleh sampai ke ruangan yang tak istimewa ini. Laman ini hanyalah perkongsian cerita tentang diriku bersama insan-insan yang berada di sekeliling & karya ku bukannya idea melalui pengkajian. Makanya, awak kena bersabar dan tenang melalui ruangan ku ini…terima kasih!

  5. shimaneng berkata:

    aku teringat masa aku kena tangkap beberapa bulan yang lalu.masih belum boleh dilupa kan lagi,di tangkap sebab tidak membawa kad pengenalan diri,tapi syukur alhamdullillah sebelum aku naik ke lori di bawa ke dewan masyarakat untuk siasatan lanjut aku sempat lagi meminjam telefon bimbit kawan aku untuk aku menelefon ke rumah kasih tahu mak aku.bahawa aku ditahan oleh pegawai polis,bila sahaja sampai ke dewan masyarakat,semua orang yang ada di dalam lori itu diarahkan masuk ke dalam dewan itu,apa bila saja aku masuk ke dalam dewan itu aku melihat di ekelilingku ramai orang yang sedang berbaris menunggu keluarga mereka datang,dan termasuk lah juga aku,tidak lama kemudian nama ku di panggil oleh seorang pegawai polis dan aku pun terus berdiri menuju ke pegawai polis itu,dan pegawai polis itu mengatakan aku dibebaskan,kerana salah 1 dari pada keluarga ku datang dengan membawa surat lahir ku,syukur alhamdullilla aku telah dibebaskan. NASIHATKU KEPADA ORANG RAMAI, walaupun kita ke mana bawa lah kad pengenalan diri jangan sekali-kali meninggalkannya kerana ia juga salah 1 keperluan kita……ITU SAJA NASIHATKU.

  6. rufiah berkata:

    shimaneng,

    Bolehkah aku ketawakan kau? hahaha… maaf ya.
    Sebenarnya, semasa operasi penangkapan yang telah menjeratmu itu, aku pernah melalui Dewan Masyarakat sebanyak 2 kali. Aku ke Perpustakaan, tiada pula aku diperiksa sedangkan beberapa anggota Polis melihat ke arahku.

    Bestnya! kamu terus keluar apabila pengenalan diri kamu sudah ada. Kami, terpaksa menunggu lagi semua pekerja Milimewa keluar. Aku hampir menelefon keluargaku untuk meminta mereka bertanya kepada salah seorang keluargaku yang juga anggota Polis iaitu:

    “… kad pengenalan diri telah ada, namun tidak lagi dilepaskan… adakah ia 1 prosedur?. Aku abaikan niatku kerana aku tidak mahu mereka memikirkan akan keadaanku.

    Aku menemui jawapan dari salah seorang anggota Polis, keadaan itu sememangnya 1 prosedur. Apa yang kuharapkan agar prosedur ini dapat dipraktikkan oleh semua anggota Polis. Apapun, aku amat menghormati cara mereka bekerja.

    Semoga kita menjadi insan yang lebih berhati-hati dan semoga Polis di negara kita menjadi Polis yang Ikhlas dalam memelihara keharmonian negara ini.

    – Rufiah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s