SINOPSIS

Syukur alhamdulillah… nampaknya beberapa sinopsis berjaya kusiapkan. Sememangnya aku amat sibuk untuk menyiapkan sinopsis-sinopsis tersebut… percubaan pertama dalam penulisan skrin.

Perlukah aku menepis peluang yang diberikan oleh seseorang yang ingin membantu aku dalam bidang ini? aku cukup sedar tempoh yang diberikan adalah sangat singkat. Namun, aku tidak boleh menjadikannya sebagai penghalang untukku menghentikan perjalananku ini. Di sini, aku amat sukar untuk mencari kawan / rakan seperjuangan bukan sahaja dalam penulisan namun beberapa bidang lain. Ada yang mengatakan aku pelik dan ada juga yang mengatakan aku lelaki kerana aku selalu berjalan sendiri… apakan daya. Oleh itu, apabila aku menemui seseorang yang ingin membantu dan membawa aku bekerjasama, aku tidak boleh menolaknya.

Aku sememangnya telah memulakan penulisanku pada tahun ini kerana itulah aku tidak lagi kerja part time di sebuah pasaraya. Namun aku tidak menyangka bahawa secepat ini aku melibatkan diri dalam penulisan yang melibatkan drama / filem. Apapun yang penting aku meminatinya dan perlu mengingati kata-kata seseorang, “terdapat beberapa perkara yang tidak memerlukan plan kerana ia hadir secara kebetulan”. Aku mempercayai kata-katanya.

Kepada insan yang sudi mengajarku, aku amat berharap semoga kalian dapat menerima diri aku yang dalam pencarian… terima kasih!!! semoga terus berjaya… amin.

 


6 Komen on “SINOPSIS”

  1. eJunk berkata:

    teruskan perjuangan mu sahabat.. kami akan sentiasa menyokong mu… 😉

  2. rufiah berkata:

    eJunk,

    Sesetengah insan tidak memerlukan sokongan moral daripada insan lain dalam melalui hidupnya tetapi aku memerlukannya.

    Terima kasih!!! kerana menyokongku. Sesungguhnya, sokongan kalian amat bermakna dalam hidupku.

    Walau bagaimanapun, kiranya kalian merasakan aku di jalan / langkah yang salah… tolong perbetulkan aku. Sokongan yang kuperlukan tidak bermakna kalian terus menyokong apapun yang aku lakukan / putuskan.

    Semoga aku menjadi insan yang tidak lupa akan diri sendiri… amin.
    – Rufiah.

  3. eJunk berkata:

    yes of course! im not gonna support everything that u wanna do.. but im pretty sure that u know what the do’s and the dont’s.. thats y.. ill be ur forever supporter / follower! 😉

  4. rufiah berkata:

    Bueno, i Muchas gracias! eJunk….
    – Rufiah

  5. Mekum….dikk….tahniah atas komen dalam blog saya tu….
    adik ni org mana ya ? adik da masuk dlm blog http://www.adun49tungku.blogspot.com. komen dan berilah pandangan utk saya memperbaiki apa yg kurang…

  6. rufiah berkata:

    Assalamualaikum En. Kamarudin Bin Hamid,

    Saya Rufiah anak En. Nurullah (En. Kumandel) dari Kg. Makuau… masyarakat / rakyat ADUN49 Tungku.

    Saya juga berminat untuk terlibat dalam dunia politik. Walau bagaimanapun, saya banyak mendengar komen negatif tentang dunia politik dan masalah pentadbiran sekarang. Oleh itu, saya mahu menjadikan blog yang saudara nyatakan di atas sebagai 1 medan untuk saya melihat perkembangan dunia politik dan pembangunan yang telah dibawa ke kawasan saya.

    Mungkin ada yang mempertikaikan mengapa saya hanya merujuk kepada ADUN49 sahaja. Bagi saya, setiap kawasan mempunyai pentadbir sendiri dan saya mahu melihat sejauhmanakah pembangunan di kawasan saya. Amanah telah diberikan sama ada kepada Y.B yang saya hormati mahupun para pentadbir di beberapa bahagian… semua masyarakat / rakyat kawasan Tungku memberikan kepercayaan yang penuh kepada para pentadbir ini. Carilah alternatif untuk memajukan masyarakat dan kawasan kita. Usah risau, kawasan lain juga menjadi perhatian.

    Sebenarnya, saya ingin mengucapkan tahniah atas blog tersebut. Ucapan terima kasih juga atas keikhlasan. Teruskan usaha! semoga usaha yang ikhlas mendapat balasan yang setimpal dari-Nya. Apapun, saya amat berharap agar blog tersebut dapat memberikan pendedahan yang berterusan tentang sumbangan di kawasan Tungku. Walau bagaimanapun, biarlah berita seiring dengan cerita.

    Meskipun terdapat insan yang menyatakan bahawa penggunaan internet di kawasan Tungku tidak berleluasa namun sedarilah bahawa 1 insan mampu mengubah sesuatu perkara / kenyataan.

    “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”… semoga ianya dikotakan.

    – Masyarakat ADUN49 Tungku,
    Rufiah Binti Nurullah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s