KENANGAN TERPATRI DI BENGKEL PENULISAN SKRIN 03 – 07 OGOS 2009

Tika ini, aku sangat gembira kerana bukan sahaja berpeluang mengikuti kursus tersebut sebaliknya kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat baharu. Aku sangat gembira kerana merasakan yang aku tidak lagi bersendirian. Sebelum ini, aku hanya menjadikan orang yang kukenali tetapi tidak mengenaliku sebagai pendorong untukku tetapi pada hari ini aku telah memiliki teman. Aku bersyukur pada-Nya.

Masih segar di ingatanku pada 03 Ogos 2009, aku telah lambat ke kursus tersebut. Bengkel yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 pagi itu aku mulakan pada jam 11.06 pagi. Aku tidak peduli kiranya aku kerugian beberapa ilmu, apa yang penting aku tidak kehilangan kesemuanya. Kaki aku terasa amat sakit kerana mencari tempat bengkel tersebut diadakan. Aku tahu, ada juga insan lain yang sesat tetapi tidak seteruk aku hahaha… mujurlah atas bantuan beberapa insan yang kutemui dan keprihatinan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) aku berjaya menemui tempat tersebut.

Aku melangkah ke kelas itu dengan tenang meskipun jauh di sudut hatiku berdebar kerana memikirkan para peserta yang datang. Aku risau, para peserta yang hadir adalah insan-insan yang sememangnya dalam bidang ini. Aku cuba teruskan sahaja langkahku. Aku silap kerana ada juga insan lain seperti diriku… selamat datang dan selamat menimba ilmu!!!

Di sini, aku bukan sahaja mendapat beberapa ilmu baharu malahan menemui insan-insan yang boleh mendorong, berjalan bersama dan mengajar aku dalam bidang ini.

Kepulangan aku ke Lahad Datu penuh dengan perasaan gembira. Aku amat berharap, kami akan dipertemukan lagi… amin.

“Filem Malaysia ke Persada Dunia”

– Rufiah Binti Nurullah (HRN)


One Comment on “KENANGAN TERPATRI DI BENGKEL PENULISAN SKRIN 03 – 07 OGOS 2009”

  1. rufiah berkata:

    Ilmu yang tidak dipraktikkan akan berlalu ditelan waktu.

    SEMOGA BERJAYA!!! bagi yang telah memulakan. Namun, jangan hentikan kakimu kiranya menemui kesangsian kerana apapun bidang / laluan dalam hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan… teruskan sahaja perjalananmu mengikut kemampuan diri.

    Cabaran dari pelbagai arah menjadikan kita dalam kesamaran. Usaha, kerjasama dan sokongan antara kita sahaja yang mampu menyinari kesamaran itu.

    Semuanya bergantung pada diri kita…

    Chayo2!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s