KEKALKAN PERPADUAN KIRANYA KALIAN MENYAYANGINYA

Sejarah yang Pasti Tersemat di Sanubari Setiap Insan di Malaysia Meskipun ia Tidak Merasainya

Salam Kemerdekaan!

Ya! nampaknya tahun ini, kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 tahun dengan bertemakan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Aku hampir terlupa tarikh bersejarah ini hanya kerana aku sibuk melayan tugasanku sahaja.  Aku mengakui bahawa tarikh 31 Ogos adalah ditujukan kepada Persekutuan Tanah Melayu kerana berjaya mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, aku juga harus mengakui bahawa tarikh tersebut adalah sebahagian daripada lipatan sejarah yang bermakna untukku. Ini kerana, selepas kemerdekaan tersebut Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British agar Sabah juga digabungkan untuk membentuk Malaysia. Meskipun beberapa halangan terpaksa dilalui namun akhirnya pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan dan Sabah adalah sebahagian daripadanya.

Oleh itu, aku sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan:

“SELAMAT MENYAMBUT

HARI KEMERDEKAAN KE-52”

kepada kalian. Apa yang kita harapkan, semoga keamanan yang kita kecapi kini akan berkekalan untuk selamanya. Walau bagaimanapun, peranan kita adalah sangat penting dalam mengekalkan kelangsungan ini. Oleh itu, meskipun terdapat jurang antara kita sama ada dalam ideologi politik mahupun suku kaum namun hati dan matlamat kita perlu disatukan. Penyatuan hati ini adalah untuk memelihara negara yang tercinta. Perpaduan antara kita perlu diperkukuhkan meskipun tidak melalui tindakan namun cukuplah sekadar ketulusan hati. Makanya, utamakanlah perpaduan kaum antara kita agar negara tercinta ini tidak menjadi mangsa anasir luar.

Saya akui di Sabah, perpaduan kaum sangatlah erat dan kita amat berharap keadaan ini akan berterusan. Apapun, kita  perlu mengingatkan diri sendiri dan insan di sebelah kita yang sudi menyayangi negara ini.

Berikut puisi dariku… istimewa buat kalian sahabat-sahabat senegaraku yang tercinta. Hayatilah..

KUBERTEDUH DI PELABUHAN YANG RAPUH

Dalam keheningan malam,

Kubersimpuh di ruang sepi,

Merenung nasib bangsaku,

Merenung baktiku kepada bangsaku.

Dalam sepi ini,

Kurasakan diri ini begitu kerdil,

Untukku luahkan rasa hati,

Membina satu bangsa yang berteraskan perpaduan.

Kubangkit di mata dunia,

Bangkit sebagai satu contoh negara yang membangun,

Tapi mampukah aku menjadi contoh kepada anak bangsaku,

Untuk mereka maju setanding masyarakat luar.

Aku pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM),

Aku pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC),

Aku aktif dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),

Tapi apakah kedudukanku di mata anak bangsaku.

1957 bukanlah satu lesen untukku bermegah,

1957 bukanlah titik noktah perjuanganku untuk bangsaku,

1957 adalah permulaan untukku mengorak langkah,

Membina jati diri yang utuh.

Namun, Peristiwa 13 Mei 1969 merobek segalanya,

Perpaduan yang kuimpikan musnah berkecai,

Hanya kerana kesilapan anak-anak bangsaku!,

Dimanakah silapku?

Wawasan 2020 adalah impianku,

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjadikanku negara maju

mengikut acuan sendiri,

Namun, cabaran utamaku adalah bangsaku,

Bangsaku perlu bersatu menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama,

Bangsaku perlu memupuk taat setia,

Bangsaku perlu mengabdikan diri tanpa berbelah bagi,

Tapi… mampukah impian ini diteruskan?

Kusedar,

Adalah sukar untuk anak bangsaku,

Berdiri seorang diri mempertahankan diriku,

Mempertahankanku dari ancaman anasir luar,

Dari ancaman anak bangsa sendiri.

Wahai! anak bangsaku,

Sayangilah aku,

Pupuklah perpaduan nasional,

Kerana tanpanya perpecahan akan datang tanpa diundang.

Anak bangsaku, tampillah!,

Tampillah memperjuangkan impianku,

Mengekalkan kedaulatanku di persada antarabangsa,

Mengekalkan namaku dalam peta dunia.

Aku… negara Malaysia,

Ingin berbakti untuk kalian! anak bangsaku,

Tetapi mampukah kuberteduh di pelabuhan yang rapuh?,

Aku perlukan sokongan kalian!.

– Nukilan: Rufiah Binti Nurullah (HRN)


4 Komen on “KEKALKAN PERPADUAN KIRANYA KALIAN MENYAYANGINYA”

  1. fukuchan berkata:

    salam perpaduan..acapkali terungkap dibibir tetapi sejauhmana kita tahu dan menghayati makna ‘perpaduan’…sedar atau tidak perpaduan adalah benih kepada kesejahteraan untuk kita terus hidup dalam keamanan….usah terus mempertikai status kerakyatan dan hak peribumi tapi bersamalah kita berusaha memperkukuh keharmonian yang telah kian lama kita kecapi untuk diwariskan pada generasi akan datang….(“,)

  2. pidah berkata:

    MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!..smg kita sentiasa merdeka..merdeka dr sgl aspek,minda dan jiwa serta pemikiran.:)

  3. mizharish berkata:

    Salam…tahniah!!! diucapkan dgn wujudnya blog ini. Sesungguhnya blog ini menjadi perantaraan diantara kita, utk berkongsi cita dan pengalaman, mengutarakan pemikiran, mengemukakan pendapat bg membuka minda dan memperluaskan lg pengetahuan.

    Stp kali hari kemerdekaan tiba kita tidak lupa mengibarkan bendera dan menyebut kemerdekaan berkali-kali tanda kesyukuran kpd Tuhan dan kebanggaan kpd negara.

    Hargailah kemerdekaan yg kita kecapi…itu bermakna kita seharusnya bersatu hati walaupun berbilang bangsa dan kaum…buktikanlah kita bangsa yang berjaya di mata dunia!!!!!!MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA…

    Hai…ruf. sy berbanga dengan ko..semangat sejati, yakin, jujur, kuat berdikari….Kuat kan semagat mu bagi mengejar cita-cita mu….barulah merdeka…bebas berdiri, berjalan, berkata,berfikir..kembangkan lah minda mu yg tlh sedia berkembang. Tingkatkan usaha mu tuk berjaya…di akhir kata salam maju jaya…dari ku beloved sehek mu…ehe..

  4. rufiah berkata:

    Sahabatku,

    Sesungguhnya erti kemerdekaan bagi kita adalah sama sahaja. Bezanya, bagaimana kita membawa diri ini dalam pengisian erti kemerdekaan itu.

    Apapun, semoga kita dapat bersama-sama menggapai apa yang kita impikan. Aku menghormati setiap cara kalian dalam mengejar impian kerana susah payah dalam perjalanan untuk mencapai matlamat itu anda sendiri yang menanggungnya. Teruskan usaha! kerana aku sentiasa menyokong kalian. Thanks ya… Fukuchan, Kak Pidah dan Mizharish… 🙂

    Sahabat yang Sentiasa Menyokong,
    Rufiah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s