DERITA CINTA

Derita Cinta… ia bukannya judul sebuah drama / filem. Ia adalah kehidupan realiti yang ingin kukongsi bersama kalian. 

Aku sedar, tiada bahan menarik tentang diriku yang ingin kukongsi bersama kalian tentang topik ini. Namun, aku mahu berkongsi tentang sejarah yang dilalui oleh seorang insan yang cukup kukenali. Aku tidak tahu bagaimana aku mahu memulakan cerita ini… apa yang kutahu, aku amat kesal dan sedih apabila mendengarnya.

Aku amat menghormati perasaan adik ini kerana aku tahu perasaan itu lahir tanpa diundang, cuma kita perlu mengawal kiranya tidak kena pada tempatnya.

Dia, seorang gadis yang periang dan ‘laser’… itulah ciri-ciri keperibadian yang dapat kugambarkan tentang dirinya. Dia telah jatuh hati dengan seorang pemuda  iaitu rakan sekerjanya. Masalah utamanya iaitu ibu pemuda tersebut tidak merestui hubungan mereka. Gadis tersebut tidak dapat menerima keadaan ini. Dia meneruskan hubungan tersebut tanpa menghiraukan nasihat daripada insan-insan di sekelilingnya. 

Keindahan yang dimilikinya tidak berpanjangan. Ini kerana, dia terpaksa berhenti kerja hanya kerana disyaki menghidap penyakit … (tidak perlulah kumaklumkan). Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa adik ini sebenarnya tidak menghidap penyakit tersebut. Oleh itu, keluarganya telah mencari ikhtiar lain dengan berubat di kampung dan ternyata dia terkena buatan orang / sihir orang yang dikenalinya.

Apa yang kukesalkan, masih ada insan yang cuba menjatuhkan insan lain dengan cara seperti ini. Bangsa sendiri yang memusnahkan! cukuplah dengan tidak dapat menerima kehadirannya. Mengapakah masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan perbincangan?

Dalam kekalutan ini, 1 persoalan yang bermain di benakku iaitu dimanakah pemuda yang amat dicintainya itu? adakah dia juga terkena buatan orang  / sihir atau pura-pura kena sihir. Aku pernah menemui pemuda tersebut dan merasakan bahawa dia seorang yang tidak serius… aku tidak tahu adakah aku yang silap. Apa yang kukesalkan, insan ini buat ‘dek’ sahaja meskipun dia menyedari betapa tingginya pengorbanan gadis kerdil ini dalam menyemai hubungan mereka. Aku teringat kata-kata suku kaum Bajau, ‘ian pa nungbas tuhan? (apa balasan tuhan?). Aku tidak tahu, apa yang tersemat di hatinya.

Semoga sejarah ini menjadi pengajaran buat diriku dan insan lain. Aku tidak melarang kalian untuk menyintai siapapun kerana ia adalah anugerah dari-Nya dan hak setiap insan namun biarlah berpada-pada. Aku juga amat berharap agar perbuatan mengenakan orang lain supaya dihentikan! banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan jalan penyelesaian. Adakah kita mahu dilabel sebagai pemusnah bangsa sendiri?

Bantulah bangsamu! siapa lagi yang akan membantu bangsa kita? kalau bukan kita. 

… aku menemui seorang kakak yang merupakan keluarganya, sambil menangis dia menyatakan rasa kesal yang amat sangat atas tindakan gadis tersebut sehingga menyebabkan dirinya kini dalam keadaan tenat. Aku ingin mengatakan bahawa mungkin itulah ketentuan Ilahi untuknya namun mungkin aku silap kerana semuanya terletak pada kita.  Aku hanya berdoa, ‘semoga wujud keajaiban.’

Potret ini menyimpan 1 memori indah bersamanya... ia menjadi sejarah yang kulipat rapi dalam  hidupku.

 – Rufiah / ruf’s


One Comment on “DERITA CINTA”

  1. rufiah berkata:

    Akhirnya kau pergi meninggalkan kami…

    Semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… amin. Al-fatihah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s