AKU DI HARI RAYA

Aku bukan sahaja insan yang sangat gembira apabila berjumpa artis, aku juga sangat gembira apabila bertemu dengan wakil rakyat… itulah perasaan yang lahir dari hatiku. Hahaha… pada hari raya pertama, aku hampir lagi berjumpa dengan pemimpin di daerahku, Y.B. Datuk Ustaz Mohd. Suhaili Hj. Said N49 Tungku. Pada hari tersebut, ayah aku bersama Ketua Cawangan dan beberapa penduduk telah pergi ke Rumah Terbuka Y.B. namun kerana beberapa faktor aku tidak dapat mengikuti mereka.

Y.B. Datuk Ustaz Mohd. Suhaili Hj. Said… nama ini sentiasa terngiang-ngiang di telingaku. Seorang pemimpin yang sangat ramah. Aku tidak mahu memikirkan sekiranya terdapat suara latar yang menyatakan bahawa seorang pemimpin politik perlu bersifat sedemikian untuk meraih undi. Bagiku, masyarakat boleh menilai. Aku ada sejarah mengenai Y.B. Datuk Ustaz Mohd. Suhaili Hj. Said:

“Sewaktu Y.B. ke suatu destinasi yang melalui  hadapan rumah kami, Y.B. selalu ke rumah untuk bersembang sekejap dengan ayahku… sangat ramah. Masih segar di ingatanku, ketika keluarga aku mengikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) hahaha… dia tetap dengan layanannya meskipun mengetahui perubahan parti yang kami ikuti. Aku tidak mahu tahu apa yang tersirat di hatinya kerana aku yakin sekiranya dirinya penuh dengan keikhlasan ia akan berbalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya.

Berdasarkan maklumat yang kuperolehi daripada insan-insan tertentu, terdapat beberapa perancangan dalam membangunkan daerah Tungku lebih-lebih lagi status kawasan ini yang telah terpisah daripada Lahad Datu. Aku amat berharap, Y.B. Datuk Ustaz Mohd. Suhaili Hj. Said mempunyai perancangan yang jitu untuk membawa pembangunan di daerah Tungku ini. Apapun peranan pemimpin di pelbagai  peringkat adalah perlu dalam merealisasikan matlamat bersama. Jangan hanya tahu melaungkan, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Meskipun aku tidak dapat menemui YB (Yang Berhormat) aku telah beraya ke beberapa rumah YKH (Yang ku Hormat). Di sini, aku merindui ucapan dari nenek, datuk dan jiran-jiran aku yang selalu mendoakanku untuk belajar rajin-rajin semasa aku masih menuntut. Kali ini, kata-kata itu kuucapkan pula untuk anak buah dan cucu aku… tidak mengapalah. Kami juga telah beraya ke rumah seseorang yang cukup tidak disenangi oleh sebahagian besar insan!!! kerana sifatnya. Kami cuba menebalkan wajah untuk beraya ke rumahnya seperti tiada apa yang berlaku. Aku cuba menceriakan keadaan meskipun jauh di sudut hatiku, aku sangat sedih melihat beberapa keadaan… apa yang penting, kata maaf perlu diucapkan. Aku tahu, aku bukannya insan yang baik namun jiran / bangsa sendiri  tidak  seharusnya dipisahkan daripada kita.

Apapun best! dapat beraya.

Mengabadikan kenangan bersama pokok punga yang popular ketika aku masih kecil (di halaman rumah tempat beraya).

Setelah puas beraya maka berehatlah di Rumah bersama kawanku... Si Kula Kula.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri… maaf zahir dan batin!!!

– Rufiah


4 Komen on “AKU DI HARI RAYA”

  1. rufiah berkata:

    ….. Si Kula Kula.

  2. Askar berkata:

    Salam..Ndak perlu Hari Raya untuk Ziarah YB Ustaz tu Ruf…Ada masa ada peluang pi saja ke rumahnya….OK Bah tu.

    Bapa kamu tu sentiasa dihati YB tu.Sebab pada dia,fahaman politik tu satu hal dan hak bagi semua orang.Tapi keluarga kamu tu tak mungkin terpisah dari alur persaudaraan sehingga kuasa politik sudah tiada.Sebab c Razak tu anak buah bapa mu…jadi dah macam saudara sangatlah kamu tu pada keluarga YB.Sebab itu soal politik tu jadi perkara remeh untuk kita tidak bersaudara.

    Teruskan menulis dan berjuang..

    salam

  3. rufiah berkata:

    Hai! En. Askar,

    Terima kasih atas kata-katamu. Aku, tidak mengenalimu namun terima kasih kerana di antara insan yang pernah menyokongku untuk terus menulis & berjuang. Sememangnya banyak perjuangan yang perlu dilhadapi termasuklah perjuangan dalam mengawal hati.

    Siapapun kita… semoga kita tidak lupa akan diri… amin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s