ANUGERAH DARI-NYA

Deringan telefon membawa khabar gembira kepada kami sekeluarga… anak buah aku telah selamat melahirkan anak perempuan. Nampaknya, aku ada kawan baharu!. Aku tersenyum sendiri kerana menurut jangkaan, tarikh tersebut masih jauh. Itulah ketentuan dari-Nya. Dalam tersenyum sendirian, aku teringat bahawa hari ini merupakan hari lahir cucu aku dari anak buah yang kedua namun kerana sibuk dengan kerja, tarikh tersebut dilupakan. 

1 perkara lucu yang aku mahu kongsi dengan kalian iaitu ketika anak buah sedang melahirkan anak, dia sempat lagi teringat bahawa hari tersebut merupakan hari lahir anak buahnya. Aku terketawa mendengarnya dan mengatakan:

” … kalaulah mungkin, kau terfikir untuk menahannya supaya tarikh lahir dorang tidak sama,” aku bergurau sambil ketawa.

Dia tanpa sebarang kata, membalas dengan ketawa. Apapun, best! dapat sambut hari lahir anak bersama-sama dengan anak orang lain (keluarga).  Kiranya dipanjangkan umur, pada 4.10… aku boleh menyambut hari lahir 2 orang cucu aku.

Kepada kawan-kawan yang telah berjaya melahirkan anak, tahniah! aku tahu ia tidak semudah yang disangkakan. Kepada yang telah mendirikan rumahtangga namun belum lagi dikurniakan cahayamata, sabar! pasti ada hikmah disebaliknya… berusaha sahaja. Maaf, kiranya aku termasuk dalam topik yang jarang kuikuti ini. Apa yang kurasa saat ini, aku mula menyedari betapa besar anugerah dari-Nya.

Semporna... aku ke sini untuk melihatnya.


4 Komen on “ANUGERAH DARI-NYA”

  1. Masliza Mansor berkata:

    alhamdulillah… selamat jugak melahirkan..

    ermm.. bila lagi ko pnya turn boss?

  2. rufiah berkata:

    Jangan kau bagitu bah… Masliza… aku tiada jawapan.

  3. pidah berkata:

    ada tu jawapannya..tp masih samar2..

  4. rufiah berkata:

    Haha… masih samar-sama? macam kita 1 hati pula. Mimang tiada jawapan bah kerana aku tidak mahu cari jawapannya lagi.

    Sahabatku PPH, tak lama lagi kontrak kita habis. Aku tak mahu lagi… mesti korang rindu aku, insan yang penuh dengan kesamaran… perasan kan? hahaha… . Apapun kita tetap sahabat Tiens_Unicore… FAST!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s