IDOLAKU… Pudar di Ingatan.

Perhimpunan 9 Julai 2011… aku sungguh terkilan kerna berlakunya peristiwa tersebut. Apapun ianya telah terubat pabila dalam jumlah 20 orang… hanya 2 orang sahaja saudara senegaraku yang menyokong akan tindakan tersebut. Aku sungguh gembira menerima pendapat positif daripada mereka dan cuba memudarkan ingatanku terhadap insan-insan yang berfikiran negatif… meskipun sukar untukku berbuat sedemikian rupa.

Idolaku terlibat dalam peristiwa tersebut… aku amat tersentuh tika mengetahuinya. Mungkin ada insan tersenyum tika aku merelakan untuk menghentikan perdebatan tentang perhimpunan tersebut bersamanya. Tanpa dia mengetahui bahawa aku terhenti kerna dia menyebut nama insan tersebut. Jiwaku tergugat kerna dia mempersoalkan ‘adakah aku juga akan ketawa tika insan itu ditangkap’. Aku hilang seketika… idolaku… entahlah. 

Aku tak kisah!!! aku mesti mengikut jalanku sendiri. Aku perlu mengingati kata-kata seseorang bahawa:

” ………. (tak perlu dinyatakan namanya) seorang penulis tapi pokok  pangkalnya keperibadian seseorang itu bukan terletak pada tulisannya tapi pada peribadi dalam hati seseorang itu”.

Aku amat menghargai kata-katanya & kata-kata positif dari saudara senegaraku yang lain. Hanya kata terima kasih dari kejauhan mampu kuberikan atas kebaikan mereka. Semoga mereka semua mendapat perlindungan dari-Nya dan berbahagia selalu… amin.

Aku sedar ada insan yang tidak menyenangiku kerna kata-kataku ketika itu. Ada insan mengatakan bahawa aku tidak tahu apa-apa tentang perhimpunan tersebut sebaliknya hanya berkhayal dalam dunia seni hahaha… dia menyangkakan kerjayaku hanya dalam dunia seni… 🙂 sebenarnya dia yang berjalan dalam kegelapan. Aku telah berulangkali menyaksikan / mendengar video tentang agenda BERSIH itu. Agendanya baik namun cara itu yang tak disetujui olehku bersama sahabat-sahabat yang lain. Kiranya dah fanatik tu memang fanatik juga… takkan terima kata-kata & cara kita. 

Aku hanya ingin menarik bangsaku untuk jangan turut serta dalam tindakan yang menyusahkan bangsa & negara sendiri apalagi memalukan nama negara tercinta ini di mata dunia. Kiranya dah tak menyayangi bangsa dan negara ini… sayangilah keluarga!!!

Idolaku… aku perlu memudarkan ingatanku terhadapmu… :(meneruskan langkah.  Semoga perjalanan ini mendapat perlindungan dari-Nya… amin.

– Aku Pencinta Keamanan… Rufiah Binti Nurullah.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s