TENTANG AKU

Aku diberi nama Rufiah. Menurut ibu bapaku, aku diberi nama tersebut sempena nama seorang yang dihormati pada ketika itu yang telah datang ke kampung kami.

Aku bukanlah seorang yang hebat… aku hanyalah insan biasa yang cuba menjalani kehidupan mengikut kemampuan sendiri.

Aku… seorang insan yang selesa bekerja dalam sektor swasta tetapi aku mahu bekerja dalam sektor awam kerana aku mahu bekerjasama dengan para pentadbir negara.

Suatu ketika dahulu aku amat meminati bidang lakonan. Aku masih teringat… hanya kerana aku mahu terlibat dalam dunia lakonan, aku yang memegang jawatan Timb. Exco Hal Ehwal Wanita di Kolej Kediaman C, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan satu program dengan memyelitkan satu pertandingan lakonan. Aku tidak tahu apa pandangan orang lain terhadap aku apabila aku penganjur aku juga pelakonnya. Ianya tidak berakhir di situ… apabila aku sering mengambil peranan / watak dalam persembahan lakonan di kelas perbentangan, UMS dan persembahan tempat kerjaku (pasaraya) suatu ketika dahulu. Paling tragis apabila aku, menyertai ujibakat Pilih Kasih… aku tidak berjaya.

Aku tidak mahu kecewa atas kegagalan itu. Aku insan yang meminati dunia penulisan meneruskan langkahku.  Aku sedar, aku telah bergelumang dalam dunia penulisan ini bukannya bermula pada hari ini namun aku benar-benar ingin menjadi Penulis apabila aku memutuskan untuk terlibat dalam dunia ini. Aku telah memulainya dengan menyertai pertandingan Cerita Rakyat anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Itulah titik permulaan bagiku untuk bergelar Penulis. Aku, masih mentah dalam bidang ini. Oleh itu, aku mencari dan terus mencari ilmu untuk memperbaikinya. Aku amat berharap aku mampu bertahan untuk melalui dunia penulisan ini. Semoga melalui bengkel, bacaan dan sokongan insan di sekelilingku menjadi kekuatan bagiku meskipun sendiri. Seorang insan yang kutemui di Bengkel Penulisan Skrin meminta aku menyatakan pada diriku bahawa aku adalah Penulis Skrip namun aku mahu aku adalah insan yang bergelar Penulis Bebas.

Apa yang penting… aku mengingati kata-kata seseorang yang pernah kutemui, “Meskipun kau tidak menyertai bengkel lakonan, kau telah mengambil keputusan yang betul kerana apabila kau menjadi Penulis Skrip, secara langsung kau adalah Pelakon. Aku tersentak seketika, namun apabila aku amati ianya mampu menenangkan hatiku. Aku cuba melenyapkan impianku sebagai Pelakon kerana aku tahu meskipun aku tidak bersamanya namun aku, lakonan dan penulisan skrip adalah dunia yang sama.

Aku juga sangat serasi sebagai Pengerusi Majlis. Ya, aku amat meminatinya. Namun, kadangkala aku terkilan kerana terdapat insan yang tidak mahu aku  memegang peranan ini kerana menurutnya aku berkebolehan dalam bidang ini. Kenyataannya, aku masih belajar memperbaiki diri.

Berkhidmat untuk masyarakat. Ini adalah sebahagian daripada impianku, namun aku tidak tahu bagaimana aku dapat menyumbang untuk mereka.  Aku berpendapat dengan menyertai Persatuan Kemasyarakatan, impianku ini dapat dipenuhi. Aku tidak tahu sama ada langkahku adalah betul.

Impianku yang paling utama iaitu keluarga melebihi segalanya. Semoga aku tidak berubah… amin.

Lain-lain tentang aku, biarlah tersemat dihatiku…

Itulah tentang aku. Entahlah, mengapa aku meluahkan isihati dalam laman usang ini. Apa yang aku tahu, aku menghormati dan menyayangi kalian… sahabat-sahabatku.

Aku, insan biasa yang masih belajar…  – Rufiah Binti Nurullah (HRN)


4 Komen on “TENTANG AKU”

  1. eJunk berkata:

    very honest… 😉 i like! 😉

  2. madie berkata:

    kita tidak akan pernah tahu apa dia kita di hari esok…
    hanya ikuti naluri hati mu…. bertanya lah pada NYA jika kau temui persimpangan… kerana hanya DIA yang boleh menjawabnya… kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita….

  3. Pejuang Seni berkata:

    Thanks!!! eJunk… 🙂 Suatu ketika dahulu aku tak ingin membalas kata-katamu itu kerana ianya seperti memuji apapun aku merindui teratak ini… teringat tika hati berkobar-kobar untuk buka blog sendiri dan menyelongkar blog insan lain. Semua itu telah berlalu pergi… ruangan facebook menjadi perhatian kita dan ruangan ini kurasakan satu tempat untukku berteduh. Thanks!!! kerana menyokongku… :). Semoga Allah s.w.t merestui perjalanan kita menggapai kerjaya yang diimpikan… amin.

  4. Pejuang Seni berkata:

    Madie, thanks ya atas kata-kata itu… 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s